Cuma nak cerita hari ini, bisnes ni ada 1001 jenis cara. Anda kena pilih dan fokus jenis perniagaan mana yang anda minat.
Ada orang sara hidup dengam hanya buat Adsense…..
Ada orang buat duit dengan Affiliate……
Ada orang buat duit dengan menjual goreng pisang…..
Ada orang buat duit dengan menulis blog….
Ada orang menyara anak-anaknya hanya dengan menjual nasi lemak…
Ada petani yang menjadi futures trader…..
Ada budak Law jadi private investor,buka training centre….
Ada student boleh menyara hidup dengan hanya menjual nugget….
Ada government staff gaji lagi besar dari menteri….
Ada menyara hidupnya hanya menjual buah/sayur di Ebay….
Ada orang jadi jutawan dengan jadi orang tengah sahaja….
Ada orang beli rumah macam beli baju je….
Ada orang pergi China borong barang macam pergi kedai kopi….
Ada orang duduk rumah 2 tingkat dengan hanya mengutip barang2x terbuang di jalanan…
Ada pendatang asing hidup mewah hanya jual air soya tepi jalan….
Ada orang jadi kaya dengan hanya bercakap sahaja….
Ada orang kaya jadi dengan hanya memberi nasihat sahaja….
Ada budak tak lepas SPM pon ada lebih dari 20 cawangan kedai….
Ada orang income 10k sebulan hanya berniaga di pasar malam…
Ada surirumah berniaga di internet dengan hanya pakai blogspot je….
Tengok, kalau nak listkan kejayaan orang dalam bisnes masing2x, memang tak habis. Banyak pilihan yang ada depan mata anda. Percayalah rezeki ada di mana sahaja. Anda hanya perlu keluar mencari dan berusaha. Lepas berusaha, tawakkal dan berdoa kepada Allah semoga perjalanan hidup ini dimudahkan oleh Allah. Minta diperkuatkan jiwa ini supaya terus sabar dan istiqamah dalam meniti dugaan dan cabaran dalam dunia perniagaan ini.
No comments:
Post a Comment