Untuk bertindak bijak
kita kene berfikir secara bijak
tapi untuk menggapai awan
tidak cukup dengan layang-layang
*************************************************************
kita sudah sampai di lereng amat indah
di bawah pelangi, dalam ufuk yang masih mencabar
dan kita ikhlas berjanji untuk bermaruah
tenang dalam segala uji cabar dan debar
kita mencari hanya yang tulen dan jati
sekata hidup, mengerti dan berbudi
kita wajar mendaki lagi kerana puncak yang jauh
dalam gelora taufan tak tercalar tekad kita
kerana kemerdekaan mengasuh kita bersuara dalam sopan
yakin menyanggah musuh, tulus menambah kawan
ini tunggak dan menara kebahagiaan
No comments:
Post a Comment