Wednesday, 24 February 2010

Saya ada impian...

Saya ada impian....Saya berharap semoga satu hari nanti orang-orang melayu tidak akan lagi hidup cukup makan di tanah air mereka sendiri. Saya berharap semoga satu hari nanti anak-anak melayu yang berada di bangku sekolah menyatakan dengan penuh bangga dan yakin bahawa cita-cita mereka adalah untuk menjadi usahawan....

Semoga satu hari nanti kompleks-kompleks membeli belah yang mewah dan besar akan dipenuhi dengan kedai-kedai orang-orang melayu.Semoga satu hari nanti kompleks membeli belah yang mewah itu sendiri adalah milik orang Usahawan Melayu.Semoga satu hari nanti kereta-kereta mewah yang bergerak di jalan raya adalah milik orang-orang melayu yang berjaya sebagai usahawan bukan lagi sebagai pemandu tauke-tauke bukan melayu yang kaya raya....

Semoga satu hari nanti semua ibu bapa akan memberikan galakan dan sokongan mereka kepada anak-anak mereka untuk memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan demi untuk masa depan ummah.Semoga satu hari nanti semua orang melayu yang ingin menjadi usahawan tidak akan melalui jalan sukar sepertimana yang ramai melaluinya kini....Semoga satu hari nanti tiada lagi benih-benih berpotensi yang dicantas dari kecil lagi.Malah benih itu akan dijaga dan disuburkan dengan galakan dan dorongan yang kuat untuk berjaya....


1 comment:

  1. Salam,
    hakikatnya kebanyakkan aktiviti ekonomi banyak negara-negara didunia ini dikuasai oleh kaum pendatang. Apalagi jika hendak dibanding dengan malaysia dan Singapura...

    Di Indonesia, Thailand, Phillipine dan Vietnam ekonominya dikuasai oleh kaum Cina yang mempunyai tradisi beniaga selama hampir 2000 tahun.

    Orang Melayu di Malaysia sebenarnya lebih gemar berpolitik di kedai kopi (sekarang cafe/kopitian) dan memandang rendah kepada keusahawanan. Mereka lebih suka anak mereka tidak bekerja dari berniaga goreng pisang tepi jalan.

    Setelah semua tongkat/subsidi dan kemudahanan ditarik dari mereka suatu hari nanti baru mereka tahu apa yang mereka terlepas.

    Namun begitu masih ada harapan untuk orang Melayu, masih banyak orang macam Mai dan Syukran di Malaysia. Jadi kepada yang tertidur biarlah mereka tidur, bangkit yang sedar dan berkehendak sahaja. Jangan buang masa dengan pretender2 tu semua.

    Kita pastikan apabila Dasar Ekonomi Baru dimansuh nanti, generasi kita sudah bersedia.

    ReplyDelete