Al-kisahnya....
Ada sebuah kampung yang mengalami masalah mendapatkan air. Mereka bergantung kepada air hujan. Jika lama tidak hujan mereka akan keputusan air. Untuk mengatasi masalah ini, mereka telah mengeluarkan tender kepada sesiapa yang boleh membantu menyelesaikan masalah kampung tersebut. Untuk mengelakkan masalah monopoli pada masa akan datang dua individu yang berasingan iaitu En. A dan En. B, telah diberi tender tersebut.
En. A menghilangkan diri selepas mendapat tender tersebut. En. B pula membeli dua buah baldi untuk mengangkut air dari sebuah tasik yang jauhnya berpuluh kilometer dari kampung. Dia bekerja bermula dari pagi sehingga senja berulang alik mengangkut baldi tersebut dan orang kampung akan membayar air tersebut.
Tidak lama kemudian En. A tadi pulang semula ke kampung tersebut. Semasa menghilangkan diri rupanya dia telah membentuk syarikat, membuat rancangan perniagaan dan mencari jurutera-jurutera yang sesuai untuk projek membekalkan air tersebut.Sesampainya di kampung tersebut En. A pun membina satu paip air dari tasik terus ke kampung tersebut.En. B mula bimbang lalu menurunkan harga air yang dijualnya sebanyak 25%. Malangnya En. A dapat membekalkan air dengan harga 50% lebih murah berbanding En. B. Malah airnya lebih bersih kerana air yang dibekalkan oleh En. B terdedah kepada pencemaran.
En. B terus berusaha sehingga malam mengangkat air dengan dua baldi tadi untuk menyara hidupnya. Tetapi hasil yang diperolehi tidak seberapa.Sementara En. A pula kini tidak perlu bersusah payah kerana air dibekalkan terus menerus melalui paip air dan setiap bulan dia akan mendapat bayaran dari penduduk kampung yang menggunakan perkhidmatannya.
En. A kini terfikir sekiranya kampung itu memerlukan air, maka kampung lain juga memerlukan air. Denga itu dia pun pergi ke kampung lain untuk menawarkan perkhidmatannya dan membina banyak paip2 air ke kampung2 lain.
***kesimpulannya kat sini : org yang mengangkat air dlm baldi tadi ialah gambaran seorang yang makan gaji yang terpaksa bekerja untuk org lain siang dan malam sedangkan hasilnya x seberapa...sorang lagi tu adalah seorang usahawan yang menyediakan perkhidmatan dan produk dimana org ramai membayar perkhidmatan dan produknya...****
**cerita di atad takde kene mengena dengan sesiapa...hanya sekadar perkongsian utk kita berfikir sejenak**
Hye Kak Mai....nih finaz dr Ipoh tuh. betul le citer kak mai td..mmg usahawan kena ada sifat kreatif.mmg le citer kak mai takde kena mengena dgn sesapa.tp akak nak ajak org jd usahawan kan.hehehe..bagus betul le smgt akak nih!
ReplyDelete