Monday, 29 June 2009

Grolier Magic English works like magic..!!


i bought this books a month ago...time tu aku sedar anak aku lambat/slow bercakap..anak oprg lain aku tgk dh macam bertih jagung bercakap...tapi Humairah sepatah dua aje, and nk buat ayat pun tidak...heh...so, sebagai langkah optimis,positive & etc....aku pun try beli buku2 ni...sueggested from one of my business partner.

lepas sebulan lebih Humairah read and watch the video...she now can count 1 to 5, she can sing ABC song sampai habis...she can even speak in a way that dia boleh buat ayat laaa....tak mcm tu...main tarik2 tangan je, and she can go to the toilet by herself now...cume pakai diaper during nite aje...and many more improvements...in terms of vocab(i mean in english), byk boleh improve....and she can even sing thomas&frens theme song now...tapi versi pelat la....:-p

so..kesimpulannye buku&video magis english ni bagus utk anak2 yg tgh membesar and nak blaja...i give it 4.5star!!

WHAT IS DISNEY MAGIC ENGLISH

Magic English is a fun way for children to learn the English language along with all their favourite Disney characters! The interactive DVD and activities books bring educational adventures to life with stories, songs, and games from classic Disney film favourites! Disney’s Magic English make learning becomes fun and enjoyable – just like playing a game! Each part of the program has been developed in close collaboration with highly qualified education specialists in the English Language
The course, by combining the high entertainment value that consumers expect from Disney with a pedagogically sound approach to language teaching, provides an unparalleled learning experience with the help of the best-known and best-loved Disney characters: from Mickey Mouse, to Bambi, Pluto, Lilo & Stitch and Monsters Inc. And with never-before-seen bonus features - including quizzes, new games, guess letters and much more – play and learn, Donald’s Tips, and Goofy’s story has never been such a treat. Magic English is the perfect way to introduce children to the English Language.
WHY DISNEY MAGIC ENGLISH

Learning English through stories
Increasing vocabulary through repetition
Practicing English through activities
Repeat sing-along answer
Final revision > Learn 20-30 new words each DVD > Repeated continuously > 500 root words once completed > Disney characters > Self-checking system > First Education Programme for children

u can view more info here

Prudential Life Insurance.....and investment link

Assalamualaikum.....


Kepada sesiapa yg nak amik insurance samada untuk diri sendiri atau anak2 ke..pls contact below number or email for further details....:):)


syukran : 0173781700

email : shoppingwithlily@yahoo.com

***promote bisnes husband plak...:-p,asik promote bisnes aku jee...hahah....

Hadith Riwayat Bukhari : “ Tinggalkan anak-anak dan isteri-isteri kamu dengan kesenangan lebih baik dari tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”

Berlari....

Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali

Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan
Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati
Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu

Mentari kan muncul mendung kan berlalu
Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jgn sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati

Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti
Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi…Berlari

Hairven.....

rambut aku yg panjang sudah dipotong...cayalah...!!mula2 nak g Jantzen, tapi dh pernah pegi situ...rasa nak try hairven pulak....ok jugak, lebih kurang sama, price wise....lebih kurang jerrr.

i choose bob style this time....ala2 gambar di bawah, sila jgn muntah okeh....!!

GAP sale.....


i bought few tops & baby blue cap for my daughter and tees for my son...all of them is 5pcs and it is only at RM200..!!murah kan....:)


cepat cepat pegi kpd sape2 yg belum pergi.....=)

Sunday, 28 June 2009

PENYAKIT KAKI TANGAN DAN MULUT

SECARA berseloroh seorang teman berkata, dia dan keluarganya tidak lagi minum susu segar atau makan daging kerana bimbang diserang penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) seperti yang berlaku di Sarawak sekarang. Kenyataan beliau menyebabkan beberapa teman lain terdiam, tetapi ada yang tertawa kecil kerana hakikatnya kedua-dua penyakit itu sangat berbeza dan tiada kaitan langsung, walaupun mempunyai nama sama. Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak 3,520 kes HFMD di kesan dengan lima kematian dan menyebabkan 488 tadika dan 10 sekolah rendah ditutup sementara untuk memutuskan rantaian jangkitan serta mengelak penyakit ini merebak.


Walaupun kebanyakan kes dicatatkan di Sarawak, ibu bapa dan pengurus pusat jagaan kanak-kanak serta tadika di Semenanjung juga perlu tetap berhati-hati kerana ia turut berlaku di sini. Menurut Perunding Paediatrik, Dr Syed Nazir MS Kadir, HFMD adalah penyakit biasa di kalangan bayi dan kanak-kanak kerana virus penyebabnya sentiasa ada di sekeliling kita. Jangkitan boleh berlaku apabila faktor kebersihan diabaikan. Jika di negara empat musim, catatan kes lebih tinggi pada musim bunga dan luruh, tetapi di negara kita ia boleh berlaku sepanjang tahun. Ada yang bertanya mengapa kes di Sarawak lebih banyak. Tiada siapa tahu jawapan sebenarnya, tetapi berdasarkan kajian cetusan HFMD berlaku setiap tiga tahun bermula pada 1997, 2000, 2003 dan tahun ini.

Apa yang menyebabkan HFMD?

HFMD berpunca daripada jangkitan virus. Kajian menunjukkan lebih 70 jenis virus boleh menyebabkan penyakit tangan, kaki dan mulut, tetapi jenis paling biasa ialah virus coxsackie A16 (CxA16) dan enterovirus 71 (EV71). Kes dilaporkan di Sarawak disebabkan virus Cx A16.

HFMD juga boleh disebabkan enterovirus lain, tetapi ia jarang berlaku. Kumpulan enterovirus ini termasuk virus polio, coxsackie, echovirus dan enterovirus lain.HFMD pada manusia tidak sama dengan HFMD pada lembu atau kambing kerana ia disebabkan jangkitan virus berbeza. Jadi tidak perlu takut untuk minum susu segar atau makan daging.

Dr Syed Nazir, berkata jangkitan HFMD biasanya lemah dan tidak berbahaya. Ia biasanya menyerang kanak-kanak di bawah 10 tahun, tetapi boleh berlaku pada orang dewasa.

a)Adakah jangkitan ini serius?

Jangkitan disebabkan coxsackie A16 biasanya lemah dan hampir semua pesakit boleh sembuh tanpa rawatan dalam masa tujuh hingga 10 hari. Bagaimanapun, jangkitan enterovirus 71 lebih berbahaya, boleh menyebabkan meningitis, enchephalitis dan kadangkala membawa maut jika tidak diberikan rawatan segera.

b) Siapa yang berisiko dijangkiti?

Sebenarnya semua orang berisiko mendapat HFMD. Bagaimanapun, lazimnya berlaku pada kanak-kanak di bawah 10 tahun, tetapi orang dewasa juga boleh mendapat HFMD.Namun, jika ia berlaku pada orang dewasa, kesannya sangat lemah kerana orang dewasa mempunyai antibodi daripada pendedahan pada masa lalu terhadap virus ini.
Kanak-kanak yang dihantar ke pusat jagaan harian mempunyai risiko lebih tinggi. Ini sebabnya kerajaan mengarahkan supaya tadika dan sekolah ditutup bagi memutuskan rantaian jangkitan virus.

Jangkitan membolehkan badan seseorang membina antibodi terhadap virus berkenaan, tetapi orang yang pernah mendapat penyakit ini boleh mendapat HFMD kali kedua jika ia disebabkan jangkitan virus lain.

c) Apakah gejala HFMD?

Sebaik dijangkiti, virus mengambil masa tiga hingga enam hari untuk membiak dalam badan dan ini dipanggil tempoh inkubasi. Selepas tempoh ini pesakit akan mula mengalami gejala penyakit seperti:

 Demam (38°C) selama dua atau tiga hari
 Sakit mulut
 Berhingus
 Ulser dalam mulut (pada lelangit lembut, bibir bahagian dalam atau lidah)
 Sakit tekak
 Hilang selera makan
 Keletihan
 Ruam dan melepuh pada tapak tangan, tapak kaki dan punggung tetapi ia tidak gatal atau menyebabkan rasa sakit
 Sakit perut

d) Bagaimana virus merebak?

Walaupun tidak berbahaya, HFMD mudah berjangkit, terutama pada kanak-kanak. Ia merebak melalui sentuhan langsung kepada najis, air liur, hingus dan cecair daripada kulit melepuh orang yang dijangkiti. Jangkitan juga boleh berlaku melalui udara apabila orang dijangkiti bersin. Virus boleh hinggap di atas permainan, buku, pensil atau peralatan yang dipegang orang yang dijangkiti.

Virus ini juga boleh hidup lebih lama di luar badan manusia berbanding virus lain, oleh itu jika aspek kebersihan diabaikan ia akan merebak dengan cepat kepada orang lain. Jangkitan mudah berlaku dalam minggu pertama seseorang itu dijangkiti. Najis bekas pesakit masih mengandungi virus, walaupun ia sudah sembuh dan perkara ini boleh berlarutan sehingga lima minggu.

Justeru, Dr Syed Nazir menegaskan supaya setiap orang, terutama ibu bapa dan petugas pusat jagaan kanak-kanak, sentiasa menitikberatkan soal kebersihan. Tangan perlu dicuci dengan bersih setiap kali selepas menukar lampin, keluar dari tandas, mengelap hingus, air liur atau cecair dari kulit melepuh kanak-kanak yang dijangkiti. Jangkitan juga boleh berlaku pada anak dalam kandungan jika si ibu dijangkiti sebelum bersalin. Bayi boleh mengalami masalah jantung, meningitis (keradangan selaput otak) atau mati jika dijangkiti ketika dilahirkan.

e)Adakah rawatan khas untuk HFMD?

Menurut Dr Syed Nazir, tiada rawatan khas bagi penyakit ini. Kebanyakan pesakit boleh sembuh dalam masa tujuh hingga 10 hari tanpa mengambil ubat. Ubat diberikan hanya untuk meredakan ketidakselesaan yang dialami pesakit seperti ubat demam, ulser atau lepuh.f) Bolehkah ia dicegah?

Kaedah pencegahan paling berkesan ialah melalui pemberian vaksin, tetapi sehingga kini tiada vaksin untuk HFMD kerana ia membabitkan jenis virus yang banyak. Bagaimanapun, cara pencegahan paling mudah ialah menjaga kebersihan. Pada musim cetusan penyakit seperti sekarang ini, elakkan membawa anak ke tempat sibuk dan sesak seperti pusat beli-belah dan kolam renang awam.

Tutup mulut ketika batuk atau bersin. Basuh tangan dengan sabun setiap kali selepas ke tandas. Jangan lupa untuk kerap membersihkan peralatan yang digunakan kanak-kanak. “Malah, pengusaha tadika yang diarahkan tutup kerana penyakit ini juga perlu membersihkan semua peralatan dalam premis mereka sebelum ia dibuka semula. Langkah ini penting untuk mengelakkan jangkitan berulang kerana virus Cx A16 boleh hidup lama di luar badan manusia,” katanya.


TEKNIK MENCUCI TANGAN:

1 - Lumur tangan dengan sabun dan gosokkan kedua-dua tapak tangan.
2 - Masih pada kedudukan tapak tangan bertemu tapak tangan, gosok dicelah jari.
3 - Letakkan tangan kanan di belakang tangan kiri dan gosok.
4 - Bengkokkan jari (dengan menggenggam tangan) supaya kekotoran pada bahagian sendi dapat dibersihkan.
5 - Genggam ibu jari dan gosok dengan cara putaran.
6 - Beralih ke tapak semula dan gosok dengan cara putaran. Ulang semua langkah 3 hingga 6 untuk tangan kanan.

****bila dh bace nih, baru aku ingat...aku slalu bwk anak2 aku g mandi kat public swimming pool around Putrajaya area....tobat lepas ni tak bwk dah...beli je kolam mandi yg besar tu...mandi kat porch kete umah....heheh....

Friday, 26 June 2009

Hari ini....

hari ini...i try to make my self free....nak concerntrate kat anak2 pulak...last 2 weeks memang sgt busy siang & malam....and today i just have one appointment jap lagi petang....and 2morow i'll start the engine back....:)

got sms from GAP KIDS...ade sales....haaa!!harus ku pegi menggembirakan anak2...heheh...

Thursday, 25 June 2009

Pity baby boy.....







smalam after balik keje, aku trus shoot ke ampang..niat hati nk jumpe aisyah,but half way..the tracffic sgt jem kat mrr2 and i dun think i can reach there at 6.30, aisyah called up and we planned to do it today...heheh(buat apekah iteww???:-p)
and hubby called, informing that our son getting chicken pox...Alamak!!kesiannyer..patutla malam tadi rasa badan dia macam panas2 sket...haziq demam, hubby brought him to an-nur specialist, kakak kene tinggal dengan maid!!.....and the doctor said that it was not chiken pox..but it is VIRUS DEMAM SAKIT KUKU & MULUT.....according to the doc, the virus is not that danger, but we need to be carefull...and the baby must be quarantine from other baby, doc cakap lagi virus ni di bawa oleh kanak2 sahaja, dia tak boleh berjangkit dari org dewasa....coz aku dh suspect maid aku laa yg bawak..doc cakap bukan...virus ni daripada kanak2...wallahualam dari mana....huhuhu....
i have another appointment at 8.30pm, nak tak nak kene pegi jugak since dah janji...i make it as fast as i can....sbb tak sabar nk balik tengok haziq....i reach home at 11pm...haziq tengah main and watching barney dengan kakak....
so...today..here i am...amik cuti jaga anak haku...kakak aku hantar ke rumah baby sitter since takut berjangkit...sian kakak, nangis2 pagi tadi sebab adik tak ikut....heheh...
hopefully my son will getting better asap...insyaAllah...rajin2 telan ubat ye...hihi
alritey...need to go....daaaa...!!

Wednesday, 24 June 2009

rahsia Solat Awal waktu.....

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak aid ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) – dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu …). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la …) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya …

New Wallet...!!!

I Desperately need a Wallet Right Now....Wallet lama dah tercabut button, but the leather and condition still good...butang sajer yang tanggal since aku suke sumbat segala mak nenek barang dalam wallet aku..maka wallet selalu kembung dan akhirnyerrr button pun sampai tanggal....kuikuikui.....


dah survey....tapi tak tau nak beli yg mana....???ladies...please help me...:):), your opinion is highly appreciated....heheh

1. Marc by Marc Jacob Large Zip Around Wallet in Plum


2. Coach New Ali Leather wallet

3. Coach Penelope leather wallet

4. Coach red zip around wallet(haku x ingat nama style...heheh,malas nk refer okeh!!)

yang mane??yang mane??yang mane satu??

Monday, 22 June 2009

Keje Kosong....!!

Perbadanan Putrajaya sedang mencari calon-calon untuk mengisi kekosongan jawatan sambilan sebagai Penolong Akauntan Gred W27.
Pemohon boleh menghantar resume dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan berserta 2 keping gambar berukuran passport selewat-lewatnya 6 Julai 2009 ke alamat berikut:

Perbadanan Putrajaya
Kompleks Perbadanan Putrajaya
24, Persiaran Perdanan,
Presint 362675 Putrajaya
u/p : Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

Maklumat lanjut dan kelayakan jawatan sila layari Enterprise Portal atau hubungi 03-8887 7614 (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)

Sunday, 21 June 2009

House For Rent....2

And another house for rent....rumah kawan saya...for those yg sedang mencari2 around Kelana Jaya Area....Fully Furnished house...click the link below for further details....
u can contact me also @ 012-3781700

House For Rent....1

Hi peeps.....spread the news!! i have one unit of brand new house up for rent!!!rumah baru siap last month, CF dah dpt and now ready untuk disewakan...!!
House For Rent
Apartment Desa Suasana,Sg. Merab,Bangi
***1000 sqft
***3 Bedrooms/2 Toilet
***Duplex Unit(ala2...penthouse)
***Level 4
***Lift available
***1 parking lot
***5 minutes to Alamanda,ILIM,MPI
***very near to Putrajaya,Bangi and Kajang
***10 minutes to UPM,UKM
RM850 (included maintenance fee, can be negotiate)
contact me @ 012-3781700(mai) for further inquiries/appointment utk pegi tgk rumah..:)

Saturday, 20 June 2009

Come on.....

Come & Join Me as My Business Partner and U'll Get FREE GIFT of coach items worth RM350
call/sms me at 0123781700

Dapat Award....





Buat pertama kalinyer aku dapat award....heheh

rasanyer dah 3 years aku dalam bidang nih...start from shoppingwithlilyfotopages ke shoppingwithlilyblog and lastly i've created this blog....tiba2 dapat award...BIG thanks to kak Haidah...rasa kelakar plak dpt award, setelah sekian lama baru dapat award!!!..nampak sgt tak glamer nyer haku...hihihi.....
ada 5 syarat yang patut dipatuhi :
1. the winner can put the award at their own blog (done)
2. link the person you received the award from (done)
3. nominate at least to 7 other blogs (nanti saya buat...tak sempat lagik)
4. link the receivers (nanti saya buat...tak sempat lagik)
5. leave message to all receivers (nanti saya buat...tak sempat lagik)

Wednesday, 17 June 2009

this inspired me.....!!!

this article really inspired me....:):)

Donald Trump seorang hartawan hartanah yang dikenali semua orang. Dalam satu program talkshaw, beliau menceritakan pengalaman beliau semasa menjalankan perniagaan tersebut, penuh dengan suka dan duka.

Semasa sesi soal jawab, seorang penonton di tepi pentas tempat beliau duduk menyoal satu soalan, “Trump, jikalau anda tidak berniaga hartanah, apakah perniagaan yang anda akan lakukan?”, maka Donald Trump menjawab dengan bangga sekali, jawabnya “Jikalau saya boleh pusingkan masa kebelakang, saya akan menyertai perniagaan MLM”. Maka gamatlah studio talkshaw tersebut dengan ketawa penonton.

Penonton itu bertanya lagi, “Bukankah perniagaan itu leceh dan memalukan(Low class la konon)?”, Donald Trump menjawab lagi, “Oh, sebab itulah anda berada dibawah sana, dan saya berada diatas pentas ini”.

Maka studio itu senyap seketika. Mereka yang ketawa ada yang menundukkan muka kerana malu dan ada yang keluar dari studio.

Moral dari cerita ini (anda sendiri boleh fikirkan mesej apa yang beliau ingin sampaikan) apa yang Donald Trump sampaikan ialah jangan memandang rendah dengan perniagaan MLM dan berfikirlah seperti dia – berfikir bahawa perniagaan MLM ini boleh membawa beliau sama taraf seperti sekarang.

Tuesday, 16 June 2009

fadhilat cium anak

Renungan utk smua,
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga.

Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak.

Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.

"Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat.

Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus akuberbakti? " Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."Wallahualam bissawab.Ingat mengingati adalah si antara Sunah Nabi Muhammad S.A.W

Alhamdulillah.....

Alhamdulillah, we've made our choice......!!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
ITS MITSUBISHI GRANDIS....!!!


alhamdulillah.......dalam masa 4 bulan buat bisness ni i dah berjaya untuk memiliki kereta idaman hati...!!!dah booking last 2 weeks dan loan dah approved!!!!



for your info....this car is PAID BY THE COMPANY for my achievement, it is not that hard to get this car fund...sangat senang...memang berbaloi, dalam masa 4 bulan aje ..kereta dh dapat(free pulak tu monthly installment) and income alhamdulillah...more than 5k monthly...and insyaAllah next month my income will hit RM8k monthly.....yeay..!!!!

for all this while, as a government servent and engineer yang biasa2 ni je....aku tak pernah mimpi nk beli kereta yang harga ratus ribu ringgit, dulu paling tinggi pun cita2 nk beli grand livina....heheh....and NOW!!!sape sangka....!!income dh same macam pengarah kat jabatan aku...kereta pun lebih kurang same.....kalau nk tggu kerja...sampai pencen ntah dapat ke tidak aku merasa semua ni.....

alhamdullillah...the decision made untuk start bisness ni bukan satu kesilapan....malah satu keputusan yang tepat...i believe that i can go further......further and further.....my target is to be a millionaire in 3 years time.....InsyaAllah...!!!

Monday, 15 June 2009

Northern....here we go....

Alhamdulillah.....saya telah melebarkan sayap pernigaan saya ke utara....and i'm coming to meet my business partners overthere this coming weekend....For those yg interested untuk dengar and know bout the business u can contact me...we can arrange an appointment!!!

contact no : 0123781700


i have maid Now.....

Alhamdulillah....our maid dh selamat sampai last saturday, so now my workload at home dah kurang..bukan kurang la...pendek kata i dun have to do all the house chores anymore.....phewww,lega sikit.....and i can concerntrate more on my work and my business...

so far my maid dah 3 hari bekerja.....and setakat ni ok la...belum ada masalah....senang je keje dia...just make sure my house is clean, basuh baju, lipat, kemas and iron...and etc....
But i STILL send my kids to the baby sitter....i am not ready to let the maid to take care of them...i nk anak2 i mesra dulu dgn dia...and tgk la...if ok...in 4-5months then i can stop sending them to the babysitter...(sure baby sitter aku sedih...sebab dia dh anggap my kids mcm anak2 dia, and my kids sgt manja dgn dia).....macam mana erk...dilemma jugak ni.....

SM and SSM Award

DSM me
Bakal DDM hanis



Junior aku....CDM Monaliza

Last weekend i've attend the sales manager and senior sales manager event on sunday....it was held by the compony at Menara PGRM, Cheras. The event was started at 1pm...but before the event start we all sempat pekena nasi mamak kat belakang PGRM tu sebab dh lapar sgt time tuh....heheh.I'm wearing red&black kebaya(baju masa form zaman universiti)....hihihi.

we anjoyed the event to the max....sgt best!!and aku terserempak dgn junior time kat USM dulu, what a small world...now she is CDM, and she is driving mercedes and she earned 50k monthly now...jeles nye aku....shes's started doing this business right after graduation(2005).she's really inspired me....tak boleh jadi ni, junior aku dah kaya raya....ngehngehngeh....

thanks to my supportive husband, kak mie and kak ros for the Lovely Roses/Flowers.....sumer cantik2....congrats to my business partner Liya for being SM!!you go girl..bulan ni mesti SSM tawww.....:):),business partner yang lain2 tak dpt dtg since ramai ade programme masing2.....

alritey....thats all...daaaa!!

Wednesday, 10 June 2009

i can't sleep....!!!

ITS 12 MIDNIGHT.....I CAN'T PUSH MY EYES TO SLEEP EVENTHO I'M FEELING DAMN TIRED...!!
I MISS MY HUBBY
I MISS MY DAUGHTER & SON
I MISS MY TILAM & BANTAL
I MISS SINGING ABC SONG WITH MY DAUGHTER BEFORE GOIN' TO BED
I MISS MEMBEBEL AT MY HUBBY...:-P
I MISS ALL OF U....TAK SABAR NK BALIK THIS FRIDAY....GOD,PLEASE...PLEASE.....PLEASE....
CEPATLAH MASA BERLALU....

pangkor island....here i come...

yeap...thats rite..i'm in Pangkor island now...last minute decision from my boss....i'm attending official courses organized by the company.courses that related to finance..kontrak...payment n etc....sesuai utk sape2 yg handle project utk government project.

and i'm so bored...DAMN BORED.....because i'm alone in one big room....the reason is saya menggantikan tempat boss saya...so,the secretariat dah set utk boss memang satu bilik seorang.....bilik memang la best..tapi aku ni PENAKUT!!!!ade jugak aku merempat bilik org lain mlm ni...ngehngehngeh.....:-p

we've started our journey at 8am..naik bus company..at first aku ok je naik bus...tapi maybe disebabkan dh terlalu lama tak naik bus xpress mcm ni....dekat sg perak i was feeling dizzzy....rasa nk muntah...n etc...aku dh kene mabuk naik bus....so, what i've done is just pandang kat luar untuk mengurangkan rasa mabuk tu....sampai lumut la aku pandang kat luar..nak rasa teleng jugak kepala aku...heheh....at 1pm we all start naik ferry...best2, dh lama tak naik ferry....i'm sitting outside with my best fren..jaja...tak nak duk kat dalam since takut mabuk laut plak...

hmmm...dah laa....penat nk cerita panjang2...just enjoy the pics girls.....heheh....

jeti lumut
she loves taking photos

pangkalan tentera laut lumut

my room

jalan2 naik teksi pink dengan kawan2 kursus...10 org dlm satu van...heheh

letih jalan...muke dh berminyak2....


teksi a.k.a van PINK...cute kan...hihi



Monday, 8 June 2009

trip to menara kuala lumpur

last weekend xde specific plan, my hubby's family from kedah was here, dorang dtg utk jalan2 n shopping...after balik dari kursus on saturday,xde ape2 nk buat kat rumah...so we decided to go to menara kuala lumpur untuk bwk dorang jalan2, in fact this is my first time being there too....hihihi.aku belum pernah lagi pegi tempat ni walaupun sejak azali dok kat KL ni....sampai2 je kat menara kl, trus amik ticket(mahal ticket now ni...its RM38 beb!!)..padahal naik nk tgk scenery kl jerrrr....sungguh tak bermakna bagi aku....tapi at least ade exprience la sekali...after this tobat tak mau dtg lagi unless for having dinner or hi-tea here....:):)



after that we went to jalan TAR...dorang yg shopping sakan....lepas tu we all pegi pavillion sampai la malam....eheheh...sakit kaki berjalan, anak2 pun boleh tahan jugak buat ragam, but everything is under control...alhamdulillah.....

on sunday....after bring both my daughter and son swimming...tgh hari we all attend my fren wedding at ampang..best dpt jumpe kawan2 campus,unfortunately tak dpt sembang lame2 since aku pun sampai lambat and masing2 nk balik...ade hal masing2....see u guys next time!!winduuu nk bergossipss....hihihi....:-p
to sara a.k.a nenet....selamat pengantin baru...u look really gorgeous!!semoga berbahagia hingga ke akhir hayat...InsyaAllah....

after that we went to KLCC, nk beli buku humairah at kinokuniya...and some present for niece.balik rumah pun dh 6pm..penat gile jalan...so, its time to rest!!esok nak keje....arghhh!!

Tuesday, 2 June 2009

shopping adalah theraphy....

seperti biasa...hidup tak lengkap kalau tak membeli.....:):), hasil tangkapan minggu lepas...ni gara2 baru dpt gaji la ni...heheh....next 2 weeks pulak dpt cheque bisness.... alhamdulillah... yeay..!!!



cap and sweater for haziq from GAP,book for kakak...and MAC lipstick utk mama....eh!!papa punye takde la....alamak...sowwyy...i lupe laaa bang...heheh

tudung ariani satu kemestian....toys for haziq, mickey ball for kakak...la senza pyjamas for mama...eh!!second trip ni..papa punye pun takde laaa...alamak..mcm mana ni....

testing cap...

**the reason why papa punye takde...sebab next week is your birthday!!!.so..next week saya belikan abg present okeh....kalau beli skarang nanti kene beli lagik!!!rabak la pocket ku....hihihi....