Monday, 27 April 2009

Standing In The Eyes Of The World

Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah
Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"
Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

calling from clarks..!!

we got a call from clarks yesterday, kasut yg kami booking sudah sampai...so, kami pergi alamanda lagi malam tadi utk collect the shoes and smalam time lunch hour sempat lagi saya singgah ke ariani butik utk merembat sehelai tudung..dia bagi 15% less since dia dh cam muka haku slalu beli tudung kat situ...hihihi


Sunday, 26 April 2009

dinner at kenny....

last night we had a dinner at kenny rogers..alamanda..dh lame tak dinner mcm ni, selalu busy je memanjang, makan pun cincai..hahah...siang tadi full dgn acitivity jumpa clients...so malam i have to get my self FREE....masa utk bersama family pulak!! yeay.....!!



busy bee

hey...sorry for being silent for afew weeks....i'm so busy..super duper busy with works...bisnes bisnes ku....and family....last week...after meeting clients for the whole day at klcc dan sebagai theraphy setelah penat bercakap satu hari...so,me and hanis do some shopping...heheh...takde ape pun..just bought toys for my little princess, tops from zara and few stuffs from La Senza(yg ni xleh tunjuk..heheh)...

Monday, 13 April 2009

i'm away to Port Dickson.....

yes..i'm in port dickson now...bukan bercuti..tapi bekerja...i need to attend this course for 3 days,means that saya akan rindu my hubby, daughter and son for quite along time...bagi saya lama la 3 hari tuh....huhuhu coz both my children still breastfeeding during nite....but its ok, this course is a very interesting course by the way..handled by Human Touch Consultant (Ustaz Zawawi yg tv9 tu...), it is kinda motivation course,wajib utk semua staff di office kami...but they organize it level by level...so, kesimpulannya...saya tak sabar nk menunggu last day dan nak balik...!!!!

**byk lagi kerja yg nak buat....hanis,lia..u know what i mean...huhuhu**

updated....gambar2 masa kat port dickson dgn member2 kursus....enjoyce!!



Thursday, 9 April 2009

i'm happy....

happy sungguh lately ni sebab dh pandai closing..sepanjang minggu ni...dh few clients saya closing...bestnyer!!!thanks to hanis and kak min yg byk menolong and bagi tunjuk ajar..!!so sebagai hadiah kepada diri sendiri saya pun beli ni tadi...yeay!!belum ape2 lagi dh beli...heheh(takpe cheque dpt next week),tapi sebenarnyer perfume yg saya pakai skarang dh nak habis...huhuhu

i love this perfume since dulu lagi.....



Tuesday, 7 April 2009

Monday, 6 April 2009

Utusan Malaysia Online 30th March 2009

Perniagaan MLM terus pacu pertumbuhan Hai-O

KUALA LUMPUR 30 Mac - Bahagian pemasaran pelbagai peringkat (MLM) akan terus memacu pertumbuhan Hai-O Enterprise Bhd. ke hadapan, kata OSK Research.
"Sudah tentunya, prestasi syarikat akan terjejas oleh kelembapan ekonomi tetapi pasukan MLM yang kuat dan bermotivasi akan membantu merangsangkan jualan Hai-O Enterprise," kata firma penyelidikan itu hari ini.
Untuk tempoh sembilan bulan pertama berakhir 31 Januari 2009, pendapatan dan untung bersih Hai-O Enterprise, masing-masing berkembang 25.8 peratus dan 23.4 peratus tahun-atas-tahun, terutamanya diterajui oleh pertumbuhan berterusan bahagian MLMnya.
"Jualan runcit terkumpul meningkat 4.8 peratus tahun-atas-tahun, didorong oleh sambutan Tahun Baru Cina sementara jualan pembuatan melonjak 109.4 peratus.
"Jualan borong dan keuntungan, bagaimanapun, mengecut 7.2 peratus dan 18 peratus tahun-atas-tahun disebabkan oleh tempahan yang rendah, kelemahan ringgit dan kos pengiklanan yang tinggi," kata OSK Research dalam satu kenyataan.
Bagaimanapun, perbandingan sukuan mendedahkan yang semua bahagian utama mencatatkan pertumbuhan jualan yang positif iaitu dari 1.3 peratus hingga 19.8 peratus dengan MLM menunjukkan pertumbuhan paling kukuh, kata OSK Research.
Meskipun bimbang yang permintaan untuk produk MLM mungkin terjejas kerana para pengguna beralih kepada alternatif yang lebih murah ekoran ekonomi yang lemah, permintaan pendasar untuk produk kosmetik dan penjagaan kulit kekal menggalakkan, kata syarikat penyelidikan itu.
"Ia disokong oleh 70 peratus asas keahlian yang dimonopoli oleh kaum wanita," katanya sambil menambah yang Hai-O Enterprise akan melancarkan produk penjagaan kulit La Praise awal tahun ini.
Sementara banyak syarikat telah mengurangkan skala perbelanjaan pengiklanan dan promosi mereka, sebaliknya OSK Research berkata, Hai-O Enterprise telah memilih untuk memperuntukkan perbelanjaan besar untuk mewujudkan kesedaran terhadap produk-produknya.
"Syarikat begitu menghargai perniagaan MLMnya dan kerap mengadakan ceramah dan seminar motivasi untuk melengkapkan ahli-ahlinya dengan kepakaran tertentu bagi membangunkan keusahawanan," katanya.
Syarikat penyelidikan itu berkata yang bahagian MLM Hai-O Enterprise kekal menggalakkan berikutan marginnya yang tinggi dan produknya yang popular seperti baju dalam untuk melangsingkan badan dan penapis air, adalah antara yang laris walaupun sentimen pengguna agak lemah.
"Asas keanggotaannya juga terus berkembang sebanyak 2,000 hingga 3,000 sebulan," katanya. - BERNAMA

Sunday, 5 April 2009

its have been 5 years..........

6th April 2004....

it was 7.30 pm that day, i just came back from working and after dh mandi2, tgh siap2 nk solat maghrib, then i heard someone knocking on the door, byk kali sampai i rasa mcm "eh..apasal plak ni..ade rumah terbakar ke?"....i tak sempat solat lagi and terus meluru ke pintu and my mom was there too....pakcik jiran sebelah rumah datang...his word is "kak...pak brahim..pak brahim dah meninggal....ade kat office dia...ambulan semua dh sampai,dorang nk bawak pegi hospital besar...."....masa tu aku rasa mcm pekak..tapi dengar, macam tak percaya...tapi aku yakinkan mak aku..."ala....pengsan je kot mak...jom2, kite cepat2 pegi...aku pon call all my sisters bg tau berita sedih tu"...tapi dalam hati..aku tau, mane ade org suke hati nk ckp meninggal...tapi takpe la..belum nampak depan mata lagi,aku buat2 tak percaya.....

sampai je kat hospital, dh tanye2, dorang kata belum sampai hospital,nak tggu waris dtg dulu....masa tu aku dh mula percaya...memang betul la bapak aku dh takde...hmmm...tapi aku setitik pun tak klua air mata sbb mengenangkan mak kat sebelah aku..just pretend to be strong but deep down inside only god knows how frustated i am since that day is my fourth day of working,belum sempat aku beli kereta and belum sempat dapat gaji pertama lagi....dia dh pergi....

sampai je kat office dia..aku nampak sekujur tubuh terbaring kat lantai, kaki, tangan dh diikat macam mayat...eh macam pulak,memang betul...bapak aku dh takde,itu kenyataannya dan aku percaya pada qada' dan qadar Allah,memang takde sesiapa boleh halang bila dh sampai waktunya...and its have been 5years he left me now..and i felt like only it is only 5days....i still remember his face..his voice and all of him... i miss him..."semoga rohnya digolongkan ditempat2 org yg beriman dan dirahmati Allah...amin"hanya doa dan al-fatihah yg dpt aku balas setiap hari, harap2 itu berbaloi sbb aku tak dpt bagi sesen pon hasil kerja aku pada dia....huhuhu...sedih kan.